Monday, September 28, 2009

ANDA YANG MANA…?...

Salam…..

Semalam aku beraya kat rumah sedara mara belah hubby aku,…nak collect wit raya utk pearl hana aku lah…hik..hik..hik…masa sampai rumah kazen hubby aku (kak zee).. kat sg ramal kajang..dorang idang satay kajang hj samuri….sodap tu..hihi…

Suka dok kat rumah kak zee nih…dia mmg banyak citer….citer kueh…citer shopping kat Jakarta…citer dia wat cross-sticth…wat kek…dan macam2 lah…kak zee ni mmg tak keje…dia beruntung sbb dapat hubby yg berpangkat gak lah…tapi kak zee ni tak reti duk diam…walo suami mampu sediakan apa yg dia nak, dia tak mo menadah aje….macam2 kursus dia amik….masa dia duk kat terengganu, dia amik kursus canting batik…canting pinggan…wat kek…wat muffin…eii…macam2 ada….bila dok rumah dia wat cross-stich…siap jual lagik…ada aje bende dia nak wat…musim2 raya nih mcm2 kueh dia jual...kek sarawak pon dia jual...hebat2...tapi katanya dia tak suka jahit baju…leceh..hehe….biasa la…dlm byk2, msti ada yg x bekenan…semalam masa kami dtg di hidang triffle lagik…(toi ke ejaan nit ah..blasah aje lah…)

Dlm borak2 ni kan, aku tertarik ngan satu topic citernyer….
Kak zee kata mak metua dia mix cina dan jawa…bapa metua plak org bugis..(patot muka hubby dia macam Chinese…)..tapi mereka Islam lah…family hubby dia ada 13 org….(slalu org melayu aje yg anak ramai nih..)….tapi adik beradik hubbynyer leh dikatakan semuanya berjaya …tapi yg menarik, mereka begitu rendah diri dan tidak kedekut…mereka mmg dididik oleh ibu mertuanya supaya bersatu hati…jadi kalo salah sorang adik-beradik ditimpa kesusahan, yg lain wajib membantu….begitu juga kalo mereka dpt tahu kalo org yg mereka kenali atau jiran tetangga dlm kesusahan, msti di bantu….mak metua dia didik begitu sbb mereka pernah susah….jadi mereka pernah rasanya perit ditimpa kesusahan….

Pada aku, dalam bab org yang pernah hidup susah terbahagi kepada 2 golongan…
Pertama…Orang yang pernah hidup susah akan jadi baik hati..pemurah… belas-kasihan…mereka merasakan camtu sbb dorang pernah rasa peritnya hidup susah,…peritnya tiada makanan…..sakitnya ditimpa malang…jadi mereka tak mahu apa yg mereka lalui, dirasai oleh org lain…selagi boleh bantu, mereka akan bantu…….
Kedua….
Ada sesetengahnya menjadi sombong…dan kedekut….mgkin mereka rasakan mereka ckup bekerja keras utk maju….mereka bimbang kalo mereka membantu, apa yg mereka usahakan akan berkurangan…sudah lah penat dan susah payah utk dapatkan sedikit kekayaan, inikan pula senang2 nak tolong org lain…..

Pada aku, mgkin golongan yg pertama tadi, pernah dibantu utk maju…jadi mereka berazam utk membantu org lain….dan golongan kedua pula susah benar dpt bantuan..menyebabkan mereka berdendam…dan susah nak memberi…kerana mereka pon susah menerima bantuan….

Oleh itu…anda golongan yg mana.,…huhu…
Hari ni macam serius plak kan…haha…

Aku-untuk-aku……

No comments:

Post a Comment